Merpati adalah
sejenis burung yang tidak asing lagi di Malaysia. Ramai pengemar burung
menternak merpati sejak dahulu lagi. Kebiasaannya merpati dipelihara untuk hiasan
halaman dan dagingnya yang berkhasiat. Namun begitu merpati hias boleh
dikatakan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Bermula sekitar tahun 2009,
pelbagai jenis merpati yang unik dipelihara di Malaysia, antaranya jenis merpati
Satinette, capuchin, giant runt, Modena, lahor dan banyak lagi. Keunikan
merpati-merpati ini mula digemari penternak merpati sehingga pasarannya
melonjak tinggi dan penternak merpati hias semakin meningkat. Harga merpati
melonjak tinggi bermula dengan kenaikan harga merpati sentinet yang mencecah
sehingga RM3000 hinga RM4000 sepasang. Ekoran daripada itu, harga merpati bagi
jenis-jenis yang lain turut meningkat.
Penghujung tahun 2010, merpati
mula diimport masuk ke Malaysia, pelbagai jenis merpati dari Negara-negara
eropah diperkenalkan, antaranya merpati
Norwich Cropper, Gaditano, Brunner Pouter, Pomeranian pouter, scanddaroon,
English carrier dan banyak lagi. Pengenalan merpati-merpati jenis baru ini
semakin menjadi kegilaan pengemar merpati
sehinga sepasang merpati Norwich Cropper sanggup dibayar dengan harga
RM10,500 dan sepasang Gaditano dibayar dengan harga RM13,500. Secara tidak
langsung menjadi rekod harga merpati termahal di Malaysia. Penternak merpati
berlumba-lumba membida harga bagi memiliki burung yang paling kualiti dan
menjadi kebanggaan memilikinya. Tidak kurang daripada itu, ada juga yang sangup
menukarkan sebuah kereta proton wira untuk memiliki sepasang merpati Pomeranian
Pouter. Impak dari kenaikan harga merpati dan sambutannya sangat tinggi,
merpati hias bukan sahaja dijadikan haiwan peliharaan sahaja, malah boleh
mendatangkan pendapatan yang lumayan.
Saban hari fenomena memelihara
merpati hias semakain bersemarak dikalangan pengemar merpati. Merpati hias telah
banyak dibiakkan di Malaysia. Para penternak juga mendalami pengetahuan merpati hias
dengan mendalam melalui internet dan juga pengalaman menternaknya sendiri.
Keunikan merpati hias dinilai dengan “standard” bagi setiap jenis merpati hias
yang telah ditetapkan oleh penternak di
eropah. Berpandukan standard yang ada, keunikan dan kualiti merpati hias boleh
dijaga dan para penternak berusaha menghasilkan merpati yang berkualiti tingi
mengikut acuan standard. Sehubungan dengan itu, pertandingan untuk
mengetengahkan kualiti merpati yang dipelihara diadakan.
Sekitar taun 2011, pertandingan
dan pameran merpati hias julung kalinya diadakan di Malaysia iaitu di Pantai
Irama bachok, Kelantan. Pertandingan yang dianjur oleh seorang penternak
merpati hias iaitu, Hassan, atau dikenali dengan pangilan pakcu dan dibantu oleh
penternak-penternak sekitarnya bagi menjayakannya. Sebanyak lebih kurang 50
ekor merpati dipertandingkan mengikut kategori jenis merpati. Antara merpati
yang dipertandingkan adalah dari jenis Modena, American fantail, Brunner
pouter, Norwich cropper dan merpati Mooke. Susulan daripada kejayaan dan
sambutan yang deberikan terhadap pertandingan dan pameran yang diadakan,
aktiviti sebegini terus diadakan oleh pengemar-pengemar merpati hias dan
dianjurkan dua hinga tiga kali dalam setahun. Dengan adanya aktiviti
pertandingan sebegini, para penternak merpati dapat menilai dan belajar tentang
keunikan dan kualiti merpati yang diketengahkan mengikut standard yang
ditetapkan. Disamping itu ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara
penternak-penternak merpati hias.
|
Pertandingan Merpati Hias di Pasir Pekan, Kelantan,
24 March 2012 |
|
Pameran Merpati Hias di Pakcu Pigeon Farm Bandar
Baru Bangi, 10 april 2011 |
|
Pameran Merpati Hias “Terengganu Pet Day” di Pekarangan
Perpustakaan Negeri, 8 Jun 2013 |
|
Pameran dan Pertandingan Merpati Peringkat
Kebangsaan di Pantai Irama Bachok Kelantan 10
September 2011 |
|
Pameran Merpati Hias di Pengkalan Kubur
Kelantan, 12 Disember 2011 |
|
Pameran dan Pertandingan Merpati Hias di Pantai
Irama Bachok Kelantan, 22 0ktober 2011 |
No comments:
Post a Comment