Selamat Datang

MENJUAL PELBAGAI SPESIES MERPATI DAN UBATAN UNGGAS KESAYANGAN ANDA SECARA ONLINE

Pengenalan

Friday 7 March 2014

Stok Baru Ubat Unggas Mujarab Dari USA



Salam semua, semalam pesanan ubat MEDPET 4 in 1 dah sampai, jadi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ubat mujarab ni bolehlah call/sms. Ubat ini dijual secara botol atau bagi yang baru nak mencuba boleh juga dijual secara biji. Ramai yang sudah menggunakan ubat ini dan terbukti berjaya menyelamatkan banyak nyawa termasuk ayam, puyuh dan merpati.  Maklumat terperinci berkenaan ubat tersebut seperti yang kilang keluarkan adalah seperti di bawah :

Rawatan dan pencegahan untuk:

- Trichomoniasis (Canker) : Kurap atau kudis bernanah dalam tekak dan tersebar ke mulut/paruh unggas.  Unggas paling kerap kena penyakit ni adalah merpati.  Ayam kadang2 ada jugak terutama ayam laga.  Penyakit disebabkan bakteria dalam air yg tercemar oleh najis unggas yg dah terjangkit.

- E.Coli : Juga penyakit disebabkan bakteria yang disebar melalui air yag tercemar, unggas terutama ayam akan jadi murung, sesak nafas, hilang selera makan, muka pucat, lemah dan berak hijau.  Penyebab kematian di kalangan unggas.

- Paratyphoid (Salmonella) : Selalunya menyerang anak ayam sehingga umur sekitar 2 minggu yang mana pada umur macam ini anak ayam boleh mati.  Anak ayam akan lemah, hilang selera dan tumbesaran terbantut.  Kepak seakan meleret, mata pejam dan sentiasa cari punca haba.

- Gastro Intestinal Infection : Keadaan unggas hilang selera makan sebab ada masalah dalam perut.  Jangkitan virus atau bakteria, ayam murung dan mata berair serta berak cair.

- Diarrheas : Penyakit paling lazim pada unggas terutama ayam, berpunca dari sejuk lampau, reban yg kotor atau makanan yg tercemar.  Maksud secara ayat kampung adalah keracunan makanan, senang paham ye tak, silap makan memang keracunanlah.. bakteria atau virus penyebab utama. 

Kandungan:
- Furaltadone
- Ronidazole

Dos kegunaan:
- Pencegahan: 1 biji sehari untuk 3 hari berturutan.
- Rawatan: 1 biji sehari untuk 5-7 hari berturutan.
* Untuk unggas yg beratnya tak lebih 500g seekor. 
** 1 biji untuk setiap 500g berat badan unggas. Cth kalau utk ayam sakit seberat 2kg seekor kena bg 4 biji la sehari selama 5-7 hari.

Saiz:
100 biji/botol

Harga:
RM120/botol

1 comment: