Selamat Datang

MENJUAL PELBAGAI SPESIES MERPATI DAN UBATAN UNGGAS KESAYANGAN ANDA SECARA ONLINE

Pengenalan

Friday 28 February 2014

PENGENALAN MERPATI HIAS

               
                   Sejak zaman dinasti kelima kerajaan Mesir kuno kurang lebih tahun 3000SM , merpati sudah dipelihara oleh manusia sebagai haiwan kesayangan . Merpati mempunyai sifat yang jinak dan bersahabat dengan manusia , sehingga hampir di seluruh dunia manusia mengenali merpati . Merpati yang dipelihara manusia jumlahnya jauh lebih besar daripada yang hidup liar. Burung merpati pada asalnya dipelbagaikan melalui hasil silangan baka burung pergam batu.

                   Burung Pergam Batu (atau Merpati Batu/Rock Pigeon atau dikenali dengan nama Merpati Kampung dikalangan penternak merpati Malaysia) adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Columba livia. Burung Pergam Batu ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Pergam Batu adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Pergam Batu tidak bergigi.Burung Pergam Batu merupakan burung yang diperkenalkan di Malaysia dan juga banyak negeri-negeri lain. Ia mudah didapati berhampiran kediaman manusia, di mana ia sering diberi makan.Warna asal adalah kelabu dengan kehijauan dan merah jambu pada tengkuk dan dada, dan juga tokeng putih dan jalur hitam pada sayap dan ekor (blue bar). Bagaimanapun populasi liar mempunyai variasi paling pelbagai pada bulu pelepah mereka, sesetenganya putih, perang keunguan, sesetengah hitam dan pelbagai pola warna. Seringkali menghasilakan bunyi coo tiga kali berterusan terutamanya ketika mengawan.

                Merpati hias adalah merujuk kepada kepelbagaian baka yang dibiakkan berdasarkan baka burung Pergam Batu (Columba livia). Ia dibiakkan oleh peminat burung merpati untuk menghasilkan kepelbagaian ciri-ciri yang diinginkan seperti saiz, bentuk, warna and kelakuan. Pembiak baka merpati hias biasanya mempamerkan burung-burung mereka di pertandingan atau pesta burung merpati selain pameran binatang ternakan.