Selamat Datang

MENJUAL PELBAGAI SPESIES MERPATI DAN UBATAN UNGGAS KESAYANGAN ANDA SECARA ONLINE

Pengenalan

Wednesday 5 March 2014

PENGELASAN MERPATI HIAS MENGIKUT BUKU STANDARD THE AUSTRALIAN FANCY PIGEONS.

           
       Terdapat lebih daripada 300 jenis baka merpati hias di seluruh dunia pada masa sekarang. Merpati hias dikelaskan mengikut jenis, sifat fizikal, dan kelakuannya. Sistem penggelasan ini diterima pakai berdasarkan buku standard “The Australian Fancy Pigeons.” Di mana pertimbangan diberikan kepada buku standard baru UK yang mana berdasarkan sistem kumpulan Jerman dan Eropah. Pengelasan merpati hias terbahagi kepada 9 kategori iaitu, Bulu dan suara (baka Asia), Warna, Bulu balik dan burung hantu (Owl), Perumah (Homing),  Merpati Ayam, Pouter dan Cropper, Show Tumbler,  Tumbler dan Highflier, dan Daging.

1.  Bulu dan suara (baka Asia)

Keunikan bulunya yang tersendiri jauh membezakan dengan merpati dari jenis-jenis yang lain dan memiliki suara yang tersendiri. Antaranya adalah seperti berikut : 





2.  Warna

kebanyakan jenis ini berasal dari German. kepelbagaian jenis berdasarkan pemilihan warna dan tanda (Marking). Antaranya adalah seperti berikut :






3.   Bulu balik dan burung hantu (Owl)

Perkataan "Frill" atau "Ropol" di sini merujuk akan ciri ropol yang terdapat pada bahagian dada merpati. Merpati dalam kumpulan ini juga memiliki paruh yang pendek seakan burung hantu. Antaranya ialah :





4.   Perumah (Homing)

Kumpulan ini mengumpulkan baka-baka yang asalnya dibiakkan kerana keupayaan untuk pulang ke sarang. ia termasuk jenis oameran merpati lumba. pada dahulu kala merpati jenis ini dijadikan sebagai pengutus surat dan dikenali juga dengan nama merpati Pos. Antaranya ialah :





5.   Merpati Ayam

Merpati dalam kumpulan ini dikelaskan sebagai merpati ayam betina disebabkan bentuk ekornya yang menyerupai ayam betina.





6.   Merpati Pouter dan Cropper   

Kumpulan ini terdiri dari baka-baka yang dibiakkan kerana kemampuannya untuk mengembungkan temboloknya. Antaranya ialah :





7.   Show Tumbler

Asalnya anggota di dalam kumpulan ini adalah dari keluarga tumbler, tetapi dikelaskan kembali bagi menonjolkan keistimewaan ciri-cirinya sebagai burung merpati yang dijadikan pameran dan dipertandingkan untuk kecantikannya. Antaranya ialah :





8.   Tumbler dan Highflier

kumpulan ini memiliki dua kegunaan disebabkan keupayaan aerobatik atau kesukanan dan juga digunakan dalam pertandingan lumba. Antaranya ialah :





9.   Daging

Termasuk baka-baka asalnya dibangunkan untuk pengeluaran dagingnya. Antaranya ialah :





No comments:

Post a Comment